Entri-entri di atas adalah berkaitan dengan paparan pada hari ini. Mengasingkan. Sorting. Kali ini, sengaja saya buat kerahan tenaga untuk 'askar-askar' saya. Kebetulan, encik suami sedang sibuk mengemas perkakas restoren & katering. Terus saya panggil ketiga-tiga askar untuk tugasan ini. Senang saja, mengasingkan sudu, garpu, senduk dan yang sewaktu dengannya.
Syukur Abil sudah ada asas mengasingkan sebelum ini. Jadi, saya tak perlu susah payah menerangkan. Ringkas saja arahan saya. Terus mereka buat bertiga-tiga. Encik suami jadi Big boss kat tepi. Saya pulak snap sana, snap sini...hehe
Senduk dan pengepit.


Bahagian Abil, fasa kedua.Mengasingkan sudu mengikut saiz.
Dapat juga belajar konsep 'besar' dan 'kecil'.
Sesi kerahan tenaga berakhir dalam tempoh 30 jam...
oopss! 30 minit daaa..
Ok.Jumpa lagi!
This entry was posted
on Wednesday, December 07, 2011
and is filed under
Aktiviti Anak-anak,
Kisah Abil,
Kisah Dina,
Kisah Zarif
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.












Salam. Mcm na..okey ke komen2 yg dihantar tu. Sy ni try and error je...Tiada pembelajaran normal utk buat blog. Kat rumah ni pun begitu... tugasan utama anak2, angkat kain, jemur kain..semua anak2 terlibat tmsk Faqihah. Lipat kain Kaklong..rehat dah abah sbb anak2 dah boleh membantu.
Salam pakYeop. bagusla dapat anak2 yg rajin..Alhamdulillah :)