Jun 7, 2012

Bila Abil berkhatan

Alhamdulillah. Selamat sudah..

Circumcision. Ya, berkhatan.

Hari ini genap seminggu Abil dikhatankan di salah sebuah hospital kerajaan di Selangor. Untuk pengetahuan, Abil dibius (GA) sepanjang menjalani prosedur ini.

Berkhatan. Amalan biasa, khususnya di kalangan yang beragama Islam. Bagaimanapun, hari ini, atas alasan kesihatan, ramai juga yang bukan Islam  turut berkhatan.

Berkhatan memang amalan biasa. Untuk anak istimewa seperti Abil, kebanyakan perkara yang 'biasa' adalah 'luar biasa'.Mereka berdepan dengan pelbagai kesukaran walaupun ianya hanyalah perkara 'biasa' untuk individu bukan autisme.

Anak autisme seperti Abil ada masalah sensori. Kadangkala, cukup susah untuk doktor menyentuh mana-mana bahagian tubuh mereka apabila mereka perlu diperiksa.Selain masalah sensori, disebabkan mereka ada masalah komunikasi dan pertuturan,kadangkala mereka lambat 'menangkap' mesej yang cuba disampaikan oleh kita. Disebabkan halangan ini, mereka mudah panik dan 'takut' dengan sebarang insiden yang berlaku ke atas mereka, terutamanya insiden yang bukan rutin dan tidak dijangka (unexpected).

Fuh, panjang berjela ayat saya. Saya harap anda faham penerangan saya. ^^

Alhamdulillah, secara keseluruhannya, proses mengkhatankan Abil berjalan lancar. 

Pengalaman dibius (GA) semasa dicabut gigi tahun lepas banyak membantu. Banyak juga perkara yang sepatutnya doktor lakukan terhadap Abil, tidak dilakukan atas permintaan saya. 

Contohnya, pemakaian drip ke lengan Abil sebaik sahaja tempoh 'berpuasa' sebelum masuk ke Operation Theatre (OT) bermula. Saya mohon supaya ini tidak dilakukan kerana saya faham benar dengan keadaan Abil yang tidak mampu untuk duduk diam sekiranya dia dipakaikan drip tersebut. Atas pertimbangan doktor, permintaan saya dipenuhi. Fuhh legaaa...

Doa kawan-kawan dan ahli keluarga terdekat memang dimakbulkan Tuhan. Semuanya berlaku dalam keadaan tenang. Selepas Subuh, kami sudah diminta bersiap-siap untuk ke OT.  Tiada sarapan pagi untuk Abil (kerana berpuasa). Tukar pakaian dan menunggu ketibaan doktor. .  Langsung tiada tangisan, apatah lagi tantrum. Lebih kurang jam 9 pagi, doktor menjalankan prosedur berkhatan.  Saya hanya melihat setakat Abil 'dipengsankan'.Selebihnya, saya menunggu di luar OT.


Lebih kurang 45 minit juga saya menunggu di luar. Cuak. Risau. Bimbang. Semua bercampur-baur. Menjelang jam 10 pagi, saya dipanggil masuk. Terus hilang rasa cemas.

Itu cerita minggu lepas. 

Cukup 3 hari selepas berkhatan, Abil sudah mula berseluar.  Walaupun saya 'gagal' menyapukan krim antibiotik ke alat sulitnya kerana dia langsung tidak mahu lukanya disentuh, Alhamdulillah lukanya cepat sembuh dan kering.  Untuk membantu lukanya sembuh dari 'dalam', saya berikan dia makan ubat gamat setiap hari.

Ok. Saya sudah penat bercerita.  

Sekarang, kita tengok gambar-gambar ye..

Baru dapat masuk wad.

Dalam sehari, lebih kurang 3-4 kali nurse akan datang memeriksa tekanan darah.
 Kali pertama, Abil sedikit fobia.  Bila sudah faham, dia ok.  Sangat bekerjasama.

Bekas dicucuk untuk pemeriksaan darah.
Waktu ini, Abil langsung tak mahu bekerjasama.
Mujur doktor memahami.
Dia dibedung dan diambil darah.
Don't worry, semuanya berlaku dengan tenang. 
Tiada pergelutan serius berlaku hehe.



Nebuliser untuk meredakan batuk.
Nyaris-nyaris prosedur ini dibatalkan kerana Abil mula batuk sebaik masuk wad. 
Mungkin kerana keadaan di wad agak sejuk.

Turun dari wad. Sebelum masuk OT

Periksa tekanan darah lagi sebelum masuk OT

Sejurus selepas keluar dari OT. Lima minit pertama, masih belum sedar sepenuhnya.

 Lepas berkhatan, tak logik la kalau tak menangis langsung kan? hehe
Akhirnya, berderai juga air mata lebih kurang 10-15minit.
Doktor yang bertugas tambah lagi dos pain killer sebab Abil mengadu "sakit...sakit..." sambil menangis.
Saya hanya mampu senyum. Hilang segala rasa cemas dan bimbang.
Sudah selesai.
Sekarang, saya perlu risau tempoh untuk sembuh pula.

Naik ke wad. Abil sudah kembali tenang. Terus hilang air mata. Langsung tak menangis lagi. :)))
Leka dengan iPad.

Setelah menunggu hampir 6 jam untuk proses discaj, akhirnya kami boleh pulang.
Sebelum balik, tiub kecil yang dicucuk pada belakang tapak tangan Abil (untuk dimasukkan drip & ubat penahan sakit)  dicabut. Tak sakit pun. Abil rileks je.hehe

Keluar dari wad. Abil dapat naik wheelchair.

HAPPY!!

Selepas berkhatan:

Dalam masa tiga hari, luka Abil sudah kering. Syukur, Abil sangat serasi dengan gamat Healing.Bagaimanapun, oleh kerana Abil alergi dengan makanan laut, dia mengalami batuk-batuk sepanjang tempoh makan gamat Healing. Abil ke tandas seperti biasa.

Dalam masa lima hari, kami sudah mula bawa Abil keluar dan dia juga sudah berseluar ketika ini. Tiada sebarang komplikasi berlaku kecuali batuk. Abil agak aktif walaupun baru lepas berkhatan. Ngeri kami melihat dia melompat dan meloncat.haha

Bagaimanapun, semuanya masih terkawal. Dia juga nampak rileks dan tidak menangis.

Dalam tempoh seminggu, luka nampak kering sepenuhnya. Alhamdulillah.
\

17 comments:

Mommy Ummar said...

Abil dah big boy! Congratss

armouris said...

terjumpa info ni, juga pasal berkhatan… sharing is caring :) - Kelebihan Berkhatan

smsaroni said...

dah boleh bermenantu....

syida said...

Tq mommy Ummar! :)

armouris, thx for the info..

en samsul, bermenantu? oh tidakkk...haha

Mommy Gaban said...

Tahniah Abil...kalau fikirkan Eusoff kena berkhatan saya dah sesak nafas... Risau risau risau...

syida said...

mommy gaban, memang sesak nafas..but like it or not, must go thru it! must face it like a brave mommy..tawakal & redah ajelah..hehe

wawo said...

As salam, nak tanya, buat kat hospital swasta ker or government? Buat cara biasa ke or pakai laser? TQ

syida said...

Wa alaikum salam, Abil berkhatan di hosp kerajaan. dengan kad oku, Alhamdulillah tak perlu bayar sesen pun (rezeki...). kalau tak silap saya, doktor beritahu hati tu..pakai laser.

Anonymous said...

Brape umur Abil ?

syida said...

Tahun ni, Abil 9 tahun..

Anonymous said...

Mohon info d mana tempt utk buatgelang identity utk anak autism.

syida said...

Maaf, saya sendiri tak tahu di mana..mungkin boleh join fb group Autisme Malaysia & bertanya di sana..

wawo said...

Hospital kerajaan yang mana ek? Luka tu lama x nak sembuh? Wawo pun tengah tercari-cari klinik yang menggunakan laser utk berkhatan. Anak wawo dah umur 6 tahun, mild autism. Hyper still ader & agak sukar nak terima benda baru. Nak duk hospital tu yang rasa susah hati sgt. Kena mintak bilik rasanya nanti :-)

syida said...

wawo, email saya; syahidayep@gmail.com

boleh saya ceritakan panjang lebar insyAllah..setakat kongsi pengalaman je pun :)

Mahani@mama homeschool said...

salam syida,
Leka pulak duk baca cerita2 syida ni...dah lama sgt x singgah sini. Dah selamat berkhatan rupanya abil. Anak lelaki saya tu dua2 belum khatan lagi...ingatnya nak khatan sekali dua2 tu hujung tahun ni. Anak2 dah lama mintak nak buat tapi mama nya yg takut...hihi

Lawang Biz said...

Salam Puan,

Puan buat procedure ni di hospital mana? saya pun ada anak OKU, cacat penglihatan + Autism..

syida said...

Lawang Biz, sy terlepas pandang komen puan. Abil buat di ppum, selangor. utk anak istimewa/oku, boleh buat special request pada mana2 hosp kjaan (kalau x silap saya)..

Anda mungkin juga meminati: