Balik saja dari sekolah tengahari tadi,
Zarif: Ma, adik dah beli torchlight kecik. Nah..(sambil hulur baki duit 50 sen).
Saya: O ok. Berapa ringgit?
Zarif: Dua ringgit.
Hmm, saya beri dia RM2 pagi tadi. Dia pulangkan pada saya 50 sen, maknanya harga torchlight tu RM1.50 la kan? Saya senyum. *belum pas lagi kira duit anak aku ni. haha
Saya: RM1.50 la dik. Ni kan ada baki 50 sen. (Saya betulkan kesilapannya). Semalam adik kat RM1 je, kan mak dah kata, mana la bole dapat torchlight harga seringgit.
Saya: RM1.50 la dik. Ni kan ada baki 50 sen. (Saya betulkan kesilapannya). Semalam adik kat RM1 je, kan mak dah kata, mana la bole dapat torchlight harga seringgit.
Zarif menyengih je sambil picit-picit mini torchlight-nya. (tengok pada gambar di atas, yang macam key chain, warna hitam itulah torch light-nya).
Ini ialah objek ketiga yang dia dok 'shopping' dari kedai buku. Kalau diikutkan kemahuan Zarif, agaknya setiap hari nak beli barang kat kedai buku sekolah tu. Pantang tengok kawan-kawan beli, dia pun nak juga. Barang-barangnya comel-comel belaka. Kalau anda tengok pada gambar tu, selain torch light ialah pemadam. Ya, yang bentuk macam lego, kereta kuning dan baju kecik tu semua pemadam. Semua beli dari kedai buku sekolah. Semua harga RM1 hahaha.Kalau hari-hari labur RM1 ke kedai buku, memang boleh kaya la tauke kedai buku tu. hehe
Zarif dah pandai membeli sendiri? Hmm, saya dah ajar dia kenal dan kira duit cuma dia masih belum cekap, terutamanya duit syiling. Sebab itu setiap hari dia makan bekal dari rumah, saya tak benarkan dia membeli makanan dari kantin lagi buat masa ni. So, macamana dia membeli dari kedai buku? Dia minta tolong kawannya belikan. haha bijak

Semalam, sempat saya pesan pada Zarif, lebih baik lepas ni, ikut kawannya membeli dari kedai buku. Berdiri sebelah kawan dan tengok macamana kawan beli. Dia ikut pesan saya. Tengahari tadi, dengan gembiranya dia bagitau saya yang dia berjaya beli sendiri dan bercerita detail-nya.
Zarif: Adik dah pandai beli sendiri la ma!
Saya: Oh ya? Hmm, bagusss! (dengan senyum kelat, saya bercakap dalam hati, habislah aku.hahaha)
Tengok tu, anak tipikal memang biasanya mudah belajar sendiri. Dengan anak autisme, anda kena 'involve' dan ajar mereka satu persatu dari A-Z. Mereka sukar belajar sendiri hanya dengan cara memerhati. Mereka sukar faham jika arahan diberi secara verbal sahaja. Biasanya bantuan visual/modelling diperlukan untuk memudahkan mereka faham. Cara dan tahap reseptif setiap anak berbeza mengikut tahap spektrum masing-masing. Yang high-functioning biasanya lebih cepat/mudah belajar dan mempunyai tahap kefahaman yang lebih tinggi. Yang pasti, setiap mereka boleh belajar dan diajar, insyaAllah.
Abil? Sudah kenal $$$ sikit-sikit tapi masih belum faham fungsinya. Lepas ni, mungkin boleh main 'jual-beli' dengan adik dan kakak untuk bantu Abil lebih faham tentang duit. Pada saya, ini living skill yang agak penting juga kan?

dari google
Ok. Saya berhenti dulu.
Kepada yang muslim, jangan lupa bercerita dengan anak-anak betapa istimewanya Nabi kita, s.a.w.
Kepada yang muslim, jangan lupa bercerita dengan anak-anak betapa istimewanya Nabi kita, s.a.w.
Saya doakan anda sihat dan ceria selalu. Amiin!
Jom selawat :)
This entry was posted
on Wednesday, January 23, 2013
and is filed under
Autisme,
Darjah Satu,
Kisah Abil,
Kisah Zarif,
Mengurus Diri,
Spektrum Autisme
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.

Oh...terkenang zaman persekolahan dulu... masing2 adik beradik ada je benda yg suka dibeli dan dikumpul. saya minat kumpul keychain, adik lelaki minat kumpul pemadam, sorang lagi minat kumpul kad2...
kerja balik sementara tunggu ayah datang, pergi kedai, belanja...abis duit
Ya Aishah, betul tu..Saya pun dulu gila kumpul keychain & button badge.Tapi bukan beli dari kedai buku sekolah lah. hehe