Jan 21, 2013

Homeschool? (episod 3)

Homeschool? (episod 2)

Malam semalam, saya, Zarif dan Abil belajar Fardhu Ain dalam suasana santai. Kak Dina pun menyelit sekali. Saya minta Zarif buat ulangkaji sikit tentang Rukun Iman dan Rukun Islam. Kemudian, saya tanya soalan-soalan simple. Dia jawab. Abil yang duduk di sebelah saya, seperti biasa, lebih banyak diam dan nampak seperti sedang 'berkhayal'. Semasa 'belajar', saya pastikan NO iPad dan iPod.

Sejujurnya, bila mengajar subjek agama, saya tidak tahu approach apa yang sesuai untuk Abil. Ya, dia seorang visual learner, tapi sukar untuk saya cari visual yang sesuai untuk menggambarkan Rukun Iman. Percaya kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Kiamat, Qada' dan Qadar. Imej untuk hari kiamat insyaAllah ada. Yang lain, rasanya tiada. huhu

Tapi, saya fikir, kalau saya tak ajar, sampai bila pun dia tak tahu. Jadi, langkah terbaik ialah, buat masa ini, saya hanya perkenalkan padanya dan minta dia hafal, tanpa sebarang paksaan/tekanan. Hanya perlu ulang dan ulang. Minta dia sebut Rukun Iman & Islam selepas saya menyebutnya. Mengajarnya menyebut kalimah syahadah, bacaan solat, nama-nama Kitab, Rasul dan Malaikat. Kalau nak tahu, Abil ni sangat SUKA Asmaul-Husna. So, secara tak langsung, sebenarnya dia sedang belajar menghafal nama-nama Allah setiap kali dia 'menyanyi' nasyid Asmaul-Husna.

Kalau Zarif rajin bertanya apa itu dan ini, Abil pula lebih banyak mendengar (walaupun nampak macam tak dengar). Saya tahu dia DENGAR. hehe Kefahaman tentang apa yang didengarnya, insyaAllah akan datang sendiri nanti. 


Buku Fardhu Ain yang kami gunakan. Terbitan Blue-T Publication.


Rukun Iman dan Rukun Islam.


Bila sentuh bab Rasul, saya dan Zarif sama-sama nyanyi lagu 25 Rasul (Raihan). Lagu tu sangat evergreen kan? Senang nak hafal. Kemudian, saya cuba test Abil supaya sebut nama 25 Rasul. Suprisingly, dia pun mula menyanyi nasyid yang sama. Sesetengah nama Rasul jelas dan betul, terutamanya Nabi Muhammad saw. Selebihnya, dia sebut nama Rasul dalam bahasa 'jerman'. haha


Sorilah, saya tak sempat nak rakam video. #mode terpaku dengar Abil nyanyi haha Yang pastinya, bila dia habis menyanyi, kami semua tepuk tangan macam dalam konsert. hahahaha Sangat priceless! Alhamdulillah :)


Autism. Never a dull moment! *SETUJU
(dari facebook)

No comments:

Anda mungkin juga meminati: