Jan 26, 2013

Melarang TANPA berkata 'tidak'

dari google

Info sharing:

Kajian menunjukkan anak-anak yang selalu dilarang akan samada menjadi tidak berkeyakinan atau suka melawan. Bagaimanapun, kadang-kadang kita perlu melarang anak-anak daripada mengambil/memegang/melakukan sesuatu yang bahaya. Bagaimana kita boleh MELARANG TANPA BERKATA TIDAK?

1- Bila  anak-anak mahu mengambil benda yang bahaya, cepat-cepat letakkan benda (lain) yang tidak bahaya di depannya.Kemudian katakan, ya, yang ini selamat.

2- Rancang tempat anda meletak benda-benda yang bahaya dan mudah pecah. Seboleh-bolehnya, simpanlah benda-benda tersebut dan hanya letakkan semula di tempat asal apabila anak-anak sudah boleh faham arahan kita.

3-Anak akan uji kita to 'test the water'.  Ada yang jenis NAK juga dan selagi tak dapat, akan menangis sekuat hati (seolah-olah dipukul padahal tak diusik pun) dan hati kita pun dah mula panas,  cari strategi berkesan untuk menangani perkara ini. Maksud saya strategi ialah langkah-langkah yang diambil.

Contohnya;
1- Terangkan mengapa tidak boleh.
2- Bawa dia jauh dari situ dan beri yang lain.
3- Nyatakan dengan suara tegas (tapi tenang, cuba kontrol emosi) dan bukan menjerit. Ini akan menunjukkan kepada anak bahawa anda MAKSUDkan apa yang anda cakap. Bila anak mula menjerit-jerit, dia sedang memulakan POWER STRUGGLE. Oleh itu, anda perlu TENANG dan exercise your power sebagai penjaga amanah dengan tegas dan bermatlamat.
4- Tinggalkan dia buat seketika di tempat yang SELAMAT jika dia berterusan mengamuk. Jauhkan benda-benda merbahaya daripadanya. Sebelum pergi, katakan dengan tenang yang anda akan tinggalkan dia sendiri untuk dia berfikir akan perbuatannya dan bila dia sudah okay, dia boleh datang kembali kepada anda, dan anda boleh bermain dengannya.

Apa yang anda sedang lakukan ialah mengajar dia how to handle frustration dengan baik, without hurting others and without being a spoil child. Anak akan perlahan-lahan FAHAM bahawa  throwing  a tantrum BUKAN cara yang terbaik untuk dapat apa yang dihajati.

Apa pun strategi kita, lakukan dengan tegas (bukan garang) dan penuh kasih sayang  supaya anak itu faham perkara/objek yang dimahukannya, bahaya/tidak baik/tidak perlu untuknya.

Ingat, bukan semua kehendak anak perlu diikut. Namun, laranglah dengan penjelasan. Elakkan marah-marah dan menjerit yang mana akan menyebabkan gangguan emosi dan mematahkan semangat mereka.

Jika termarah dan terjerit dan kemudiannya tersedar yang anda sudah tersilap langkah, urut dada dan maafkan diri dan berazam untuk lebih baik selepas ini. Lama-lama anda akan berubah menjadi penyabar dengan anak, insyaAllah.

sumber: facebook Prof. Dr. Rozieta Shaary

**Pada pendapat saya, tips ini sesuai untuk SEMUA anak-anak (tipikal/autisme/istimewa). Jom praktis!

Salam hujung minggu! :)


2 comments:

cik kiah from SaujanaUtama with love said...

hmmmm... cuba2.. tapi kadang2 terlepas gak sampai berasap2 idung n telinga. Thanx kerana mengingatkan!

syida said...

haha berasap telinga idung tu biasalah. Tapi memang kena ingatkan diri sendiri selalu :D

Anda mungkin juga meminati: