Jan 30, 2013

Tuisyen Oh! Tuisyen (episod 3)

Kelas tuisyen saya, sesi 2013 akan mula malam ini. Ya, kelas untuk Februari tapi bermula sedikit awal untuk beri laluan kepada cuti Tahun Baru Cina nanti.hehe #semangat1Malaysia

Tahun ini, saya kurangkan lagi jumlah pelajar dan hari mengajar dari tahun lepas. Memang itu niat saya. Permintaan tetap ada walaupun saya sudah berhenti mempromosi sejak 2-3tahun lalu. Oleh kerana saya dan suami sudah ada komitmen kerja lain dan agak susah memberi tumpuan kepada pelajar dan kelas yang banyak, kami ambil pelajar dan mengajar ikut kemampuan. Saya masih mengajar Matematik dan English untuk kelas sekolah rendah, manakala suami hanya akan mengajar Matematik dan Matematik Tambahan, kelas tingkatan 5(SPM). Tiada lagi pelajar upsr dan pmr tahun ini.

Semalam, waktu mengemas, saya terjumpa semula fail dan rekod murid-murid saya sejak 2009. Hmm, sedar tak sedar, dah masuk tahun kelima saya mengajar tuisyen dari rumah. Sememangnya ia 'kerjaya' yang selesa. Saya bebas menguruskan anak-anak dan rumahtangga serta mendapat pendapatan yang sederhana daripada kelas tuisyen berskala kecil saya. #Alhamdulillah

Oh ya, tahun ini, saya juga mahu fokus mengajar tuisyen pada anak-anak saya sendiri; Dina, Abil dan Zarif.

psst, saya rindukan anak-anak tuisyen saya yang sudah tidak bersama saya lagi.*haish

Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.


dari Instagram


No comments:

Anda mungkin juga meminati: