Feb 8, 2013

Belajar Menulis


Membelek-belek majalah lama, saya terjumpa satu artikel menarik tentang bagaimana kanak-kanak belajar menulis. Alhamdulillah, anak-anak saya boleh menulis dengan baik, termasuk Abil. Kualiti tulisan mereka, of course masih perlu dan boleh diperbaiki lagi (terutamanya Zarif).

Kak Dina dan Zarif banyak belajar menulis di sekolah. Saya tak banyak campur tangan. Mereka pandai sendiri. Untuk Abil pula, saya melalui sendiri proses mengajar dan belajar menulis dengannya. Alhamdulillah, sokongan dari pusat terapi dan intervensi, selain tadika dan sekolah juga sangat membantu. Abil tidak terlalu bermasalah bab menulis. Dia suka menulis. Disuruh pegang pensel dan menulis, dia jarang-jarang membantah. Cuma, cabaran melatih Abil menulis ialah kemahirannya untuk fokus juga masalah koordinasi tangan dan mata. Nak tengok cerita tentang Abil menulis? Boleh baca di sini, sini dan sini.

Dalam proses mereka belajar, memang biasalah kalau dinding, lantai (termasuk sofa dan cadar) jadi mangsa contengan. Kebanyakannya masterpiece dari Abil.hehe

Ok. Saya kongsikan sedikit petikan artikel: Jom conteng! (sumber: majalah Pa&Ma, Julai 2011)

  • Perkembangan motor halus- Kanak-kanak berusia 3-5 tahun, mula  menulis atau sekadar menconteng pada kertas. Mereka mahu meniru orang dewasa menulis.
  • Rangsang anak-anak menulis dengan bahan yang sesuai. Mulakan dengan mengikut garisan putus-putus. Biarkan mereka lakukan sendiri secara perlahan-lahan. Tidak perlu dipaksa.
  • Daripada garisan putus-putus, beralih pula kepada bentuk geometri seperti lingkaran, segi tiga, segi empat dan bentuk-bentuk lain. Di peringkat awal, anda boleh membimbing sambil memegang tangan anak.Kemudian, galakkan anak untuk meniru sendiri.
  • Kemudian, tingkatkan kemahirannya dengan menggambarkan bentuk-bentuk yang ada di sekitarnya;meja, bola, telur, pintu dan sebagainya.
  • Latih anak selalu. Biarkan jarinya memegang pensel dengan betul sehingga dia dapat menconteng dengan selesa.
  • Sambil menulis, sambil bercakap/bercerita. Ini boleh merangsang minda dan mengasah kemahiran komunikasi.
  • Jika mengajar menulis abjad, mulakan dengan huruf kecil dahulu kerana ia lebih mudah difahami dan lebih senang digunakan.
  • Latih anak menulis mengikut minat dan keperluannya.Belajar menulis namanya sendiri, makanan atau minuman kegemaran, menulis/melukis karakter kartun/animasi kegemaran sudah tentu menarik perhatian anak-anak.
  • Belajar menulis dimana saja. Lakukan sambil bermain. Contohnya, gunakan ranting pokok untuk menulis di atas pasir/tanah/pantai atau gunakan jari yang dicat finger paint dan 'menulis' di atas kertas.
  • Jangan paksa anak menulis jika dia masih belum bersedia. Cuba cari taktik/strategi yang bersesuaian dan pujuk perlahan-lahan. Kemahiran halus tidak semestinya dilatih dengan pen/pensel/kertas semata-mata. Anda boleh latih anak-anak mengutip objek di lantai/meja, mengoyakkan kertas/tisu, merenyukkan kertas dan bermain playdoh untuk menguatkan otot-otot jari dan tangan.
  • Untuk pengetahuan anda, menulis melibatkan kemahiran motor halus iaitu pergerakan otot-otot kecil seperti jari dan mata. Aktiviti-aktiviti seperti merangkak, mengutip objek merupakan asas dan persediaan kepada kemahiran menulis.

Semoga bermanfaat. Take care & be safe!




dari facebook

2 comments:

Hayati Sulaiman said...

Kak Syida..bila baca part conteng cadar tu..saya tersengih sendirian. Kat cadar dan sarung bantal saya ada yang Eusoff conteng tajuk movie. MasyaAllah...nak menghilangkan bukan senang. Pernah sekali dia conteng baju sekolah dengan pen. Dah la baju putih, saya rendam dgn sabun lepas tu sental. Alhamdulillah hilang.. tapi merah jugak la jari-jemari menyental bukan main ganas lagi. hahaha..

syida said...

hahaha tergelak besar akak baca psl eusoff conteng cadar. memang boleh geng dengan abang Abil!

memang masalah negara betul la kalo yang diconteng tu tak hilang walaupun dah disental tahap gaban. sofa (kat umah mak akak) bertepek2 hasil keras tangan si Abil ni. Grrr..

Anda mungkin juga meminati: