Nov 7, 2013

Oh! Cameron Highlands

Tragedi banjir yang melanda Ringlet, Cameron Highlands bebaru ni mengingatkan saya pada trip kami ke sana Aidiladha yang lepas. (eceh!)
Yang sebenarnya, memang dah niat nak share pun kisah getaway kami. hehe


Ok. Saya memang suka Cameron Highlands.
Sangatttt.

Kenapa? sebab saya gila stoberi coklat. Sangattt. hehe

Trip ke cameron aidiladha yang lepas ialah yang kedua untuk kami.

Seperti biasa, bila ke Cameron, wajibla main petik-petik stoberi kan? hehe
Geram tau tengok stoberi merah menyala. Fresh!


Kalau tak nak petik sendiri, nak jimat masa, tenaga dan poket, bolehla beli terus yang dah siap dibungkus.

Jangan lupa ke pasar malam Brinchang. Wajib!
Pasar malam yang sangat happening dengan souvenir, stoberi, jagung, 
sayur dan buah-buahan segar yang lain. Rasa nak beli semua. haha


Selain ke ladang stoberi, pasar malam, boleh la singgah-singgah nurseri bunga.
Rasa nak pengsan tengok bunga-bunga cantik, segar, lawa situ, sana, sini. Adehh..
Rasa nak tinggal kat Cameron forever! haha


Selain nurseri bunga, ada juga kebun kaktus.
Comel-comel belaka! *gerammm*



Oh ya, pastikan anda tak miss ke ladang teh.
Kami ke Bharat Tea Plantation.
Sempat la bersiar-siar celah-celah pokok teh & mendaki bukit kecil kat ladang teh tu. hehe


Glory 78 ni pulak, kalau tak silap saya, 
ia satu-satunya restoren Steamboat (halal) kat Tanah Rata.
Dua kali datang Cameron, dua kali singgah makan malam di sini.
Steamboat -nya ok. Tapi servis agak 'kureng'.



Nak tengok gambar lagi, klik SINI.

Info tentang destinasi menarik di Cameron Highlands, klik SINI.

Oh ya, fyi, kami menginap di homestay (Prima Villa Apartment).
Sangat banyak hotel dan homestay di Cameron Highlands.
Sila google dan jangan lupa baca review di Trip Advisor 
untuk membantu anda membuat pilihan. 



Alhamdulillah. Anak-anak pun enjoy bercuti di Cameron.
Paling mereka suka, cuaca yang sejuuuukkk dan nyaman.hehe
Bagaimanapun, mood Abil pula turun naik. Tapi masih terkawal.

Paling penting, Abil dapat peluang bersolat sunat hari raya di Masjid Abu Bakar, Tanah Rata.
Terbaek!

Ada umur, ada rezeki, confirm saya nak ke Cameron lagi! hihi

Wassalam :)

4 comments:

shazalyza mohammad said...

best nyer... tak sabar nak pegi sana... kedai steambot tu kat area mana? maybank or dekat2 dgn marrybrown?

syida said...

shaza, kedai steamboat tu kat tengah2 on the way dari tanah rata ke brinchang. marrybrown tu area tanah rata kan? dia isolated, sebelah ngan hotel apa ntah (x ingat lak namanya).tp kalu naik ke brinchang dr tanah rata, insyaAllah nampak tepi jalan. nak lbh detail, leh tnya 'duta' cameron highlands, pn sri airan hehe

Rusni Amat said...

Best pi Cameron Sheeda, suka stoberi coklat gak.. Tapi macam kena buat sendiri sebab diorang macam guna coklat "murah"... (hihihi macam mahal nau "rasa" coklat aku tu...

Dandy kata, dia boleh duduk berjam2 dengan tenang kat kedai kopi ladang teh tu, sambil baca buku..

Aku.. oh tidak daddy!! Anak2 kita TIDAK SETENANG itu.. Hohohohoho

syida said...

hahaha lawak ar kau ni long..anak2 kau semua masih bawah umur, tengah 'kencang'..sedangkan abil yg dah 11 tahun pun masih tak berapa nak 'tenang' haha

pegi la honeymoon berdua je ke cameron..nnti propose kat mr daddy eh ;p

Anda mungkin juga meminati: