Jun 16, 2014

Kiasu!


 Siapa kiasu?!
hehehe
Begini, sejak beberapa hari yang lepas, saya cabar anak saya, Zarif 
untuk habiskan baca novel Dear Yayah The Series (tulisan Farihah Iskandar) ni.

Novel ni Kak Dina punya.
Belek punya belek, selak punya selak, akhirnya saya terjebak.
Jalan cerita agak menarik.
(fefeeling sweet 16 kejap ;p)

Masalahnya, stail saya membaca sekarang, bukan macam dulu.
Kalau dulu, seharian boleh habis novel tebal macam kamus dewan ni. haha
(ia sebenarnya 4 novel bersiri dalam 1)

Sekarang?
Setiap dua-tiga mukasurat saya Zzzzzz...serius, tak tipu.
Bagilah saya bahan bacaan genre apa sekalipun sekarang ini, memang akhirnya Zzzz. hehe



Maka-nya, saya cabar Nurhan Zarif untuk 'berlumba' baca novel ni.

"Adik, kalau adik boleh habiskan baca buku tebal ni sebelum Ma, adik dapat RM5."
 Nak tahu apa responnya? "5 ringgit je?!"
Adoyai, sabo jelah anakku.

Bagaimanapun, dengan penuh semangat kiasu, dia sahut cabaran saya. haha
Bila dia baca, saya buat kerja lain.
Bila saya pegang buku (yang biasanya tak lebih 5-10min sebelum saya terlelap),
dia buat hal lain.

Yang best-nya, sebelum tidur, dua-dua berebut nak baca. haha
Saya ingatkan dia ni 'kaki komik' je. Rupa-rupanya boleh jugak layan novel.
Mungkin faktor jalan cerita yang santai dan tak memboringkan, 
budak kecik 8 tahun ni pun boleh layan.

Saya suruh dia tidur awal sebab esoknya kena bangun pagi ke sekolah.
Saya pun pegang buku tu dan baca.
Rupa-rupanya perbuatan saya tu menyebabkan dia tak boleh tidur.
Sibuk nak jengah saya dah baca sampai mukasurat berapa.
Sibuk nak tahu berapa laju saya membaca. haha
Memang kiasu!

Buat masa ni of course la Zarif yang sedang mendahului.hehe
Tengokla gambar bawah tu, saya snap gambar pun dia tak sedar haha
Free2 je jadi 'bahan' dalam blog :p



Pagi-pagi sebelum dia ke sekolah, sempat dia berpesan dengan saya,
"Masa adik takde, mak jangan baca buku Dear Yayah tu tau.."
hahahaha

Perlumbaan kami ni, ibarat arnab dengan kura-kura lumba lari.
Arnab laju tapi siap berhenti tidur. Kura-kura lambat, tapi istiqamah je teruskan perjalanan.

So, antara 'kura-kura' dan 'arnab', anda agak-agak siapa champion? hehe
Oh ya, untuk pengetahuan anda...
 ini post yang ke-600 :)

Alhamdulillah..
Doakan saya terus aktif blogging (moga ada manfaatnya).
Amiin!

4 comments:

FrauMustaffa said...

wah!!dah 600 entry...aku terkedek2 lagi..haha..moga kita sama istiqamah :D

syahida said...

haha utk warkah ni, sbnrnya 600 tu x cukup..sbb dah masuk tahun ke5. xpe..pelan2 kayuh hehe
nak blogging hari2 adalah 1 cabaran, sebab kalau boleh xmaulah omong2 kosong je kann..

shazalyza mohammad said...

camna tu blh terlelap time baca novel? kalo baca buku sejarah aku paham la.. hihihi... aku lak, siap nangis2 sampai bengkak mata.. feeling2 gitu... hahahahha.. cuma skrg ni dah kurang masa nak layan novel.. bertabah je la..

syida said...

shaza, tu la pasal..mcm ubat tido..asal baca je terlelap..asal terlelap je tgh baca..hahahaha

ko ada 2 askar kenit..mmg bertabah la banyak2 ye huhu

Anda mungkin juga meminati: