Jun 15, 2014

Oh! Magnum

Eh! apa kena mengena dengan Magnum??
Haa...kena la baca sampai habis. hehe
Tahukah anda?
Kebanyakan individu autisme sangat 'terikat' pada rutin (kesamaan).
Mereka tidak gemar pada perubahan.

Rutin buat mereka rasa selesa, selamat dan senang.
Perubahan pula boleh menyebabkan rasa 'kusut', terancam dan sukar.

Sebenarnya, kita yang bukan autisme pun kadang-kadang tak suka berubah.
Rasa selesa, senang dan selamat dengan perkara yang sama saban hari.
Perubahan adakalanya boleh menimbulkan anxiety, kan?

Untuk individu autisme pula, perasaan ini adalah berkali ganda dirasai.

Apa saja perubahan (dari sebesar-besar perkara kepada sekecil-kecil isu) adalah 'masalah negara' untuk kebanyakan (bukan semua) individu autisme.

Jadual harian yang bertukar.
Kedudukan perabot yang baru.
Berpindah.
Baju baru.
Menu breakfast yang lain daripada biasa.
Cikgu atau therapist yang berlainan.
Belajar kemahiran atau subjek baru.

Semua di atas adalah cabaran besar untuk sesetengah individu autisme.

Bagaimana cara mengatasi?
Social stories (sesi bercerita (pengenalan) kepada sebarang perubahan yang bakal berlaku)
Lakukan perubahan secara perlahan-lahan.
Kalau boleh, ubah sesuatu perkara satu demi satu. Elakkan terlalu banyak perubahan berlaku serentak.

Paling utama, kena banyak SABAR.

Pengalaman saya dengan Abil:
Alhamdulillah, dia sudah tidak se-rigid dulu. Pada kebanyakan masa, dia agak fleksibel. Boleh menerima perubahan, kecuali beberapa perkara dan bergantung juga pada mood dan masa.

Pada pendapat saya, individu Autisme boleh dilatih dan dipupuk untuk menjadi fleksibel. Bagaimanapun, prosesnya memakan masa dan juga memerlukan kefahaman, empati dan kesabaran yang tinggi.

Mulakan sejak kecil, insyaAllah lebih mudah apabila mereka dewasa.

Abil sendiri masih ada isu ini sekali-sekala.

Ok.

Apa relevannya aiskrim Magnum dalam cerita ini? hehe

Dipendekkan cerita, semalam hari Sabtu.
Rutin saya dan keluarga biasanya ialah pergi melawat kak Dina di asrama.
Kami akan makan lunch bersama, kemudian sembang-sembang  sejam dua.

Bagaimanapun,
semalam rutin ini tak berlaku (sebab kak Dina sibuk dengan program sekolah).

Oh! bosannya hidup. Rasa tak keruan.
Serba tak kena.
haha

*barulah saya faham sikit sebanyak perasaan Abil bila rutinnya berubah*

Akhirnya, 
saya ajak suami dan anak-anak keluar jalan-jalan petang sambil makan aiskrim Magnum seketul sorang. hehe
(Makan aiskrim adalah terapi ;p)

**psst, Abil tak suka Magnum, dia pilih aiskrim Milo (cup) je semalam. 

Hajat di hati nak Magnum Gold. Tapi puas dicari masih belum jumpa. huhu
Magnum almond pun bolehhhhla. Sedappp!

Sekian :)



imej google




2 comments:

Unknown said...

sama macam Ammar, Ammar menggemari milo cup... ;) seboleh2nya perasa coklat tapi sebaik2nya dalam cup...dan dia paling cpt mkn icecream...sat ja dah licin...

Kalau plan lari, saya pun pening kepala...apa tah lagi hal2 rutin... :)

syahida said...

haha champion makan eskrem ye ammar..abil plak makan tak laju sangat..ntah sejak bila dia suka milo cup tu pun akak x ingat. dolu2 mcm selalu belikan dia cornetto. pastu bila dah start suruh dia pilih sendiri, dia pilih milo tu.

kalo plan lari mmg kusut kita dibuatnya, kan?

Anda mungkin juga meminati: